fbpx

Syarikat larang pekerja guna fon kepala ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan fon kepala dikatakan menyebabkan kakitangan tidak fokus ketika melakukan tugasan. – Shutterstock

NEW DELHI –  Arahan yang dikeluarkan oleh jabatan sumber manusia (HR) sebuah syarikat di India mengundang perhatian ramai kerana  melarang pekerja menggunakan fon kepala ketika bekerja, lapor laman berita India Times.

Pihak majikan berkata,  perbuatan tersebut menyebabkan mereka  tidak fokus ketika melakukan tugasan.

Tangkap layar memo tersebut dikongsikan di laman perbincangan, Reddit.

“Untuk perhatian semua,  HR di Mumbai. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Ia amat menjengkelkan,” demikian menurut hantaran individu berkenaan.

Memo tersebut pula berbunyi: “Kami sedar  ramai daripada anda menggunakan fon kepala ketika bekerja. Malangnya, anda gagal memberi  perhatian penuh kepada pekerjaan yang menyebabkan kualiti kerja merosot selain tugasan gagal diselesaikan. 

Hantaran itu mendapat perhatian ramai dengan kebanyakan pengguna tidak bersetuju dengan arahan tersebut.

“Saya seorang introvert. Saya tidak suka bercakap dengan orang lain. Saya sering memakai fon kepala ketika bekerja, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Saya hanya perlu fokus, tidak mempedulikan orang di sekeliling dan tidak terganggu oleh bunyi bising. Saya dapat menyiapkan kerja walau apa pun tugasan diberikan. Itu yang paling penting,” kata netizen berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI