fbpx

Sanusi dakwa majlis buka puasa di MAEPS ‘diganggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Selepas mendakwa dihalang daripada menghadiri majlis-majlis kerajaan Persekutuan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tampil sekali lagi memaklumkan bahawa majlis melibatkannya turut ‘diganggu’.

Kali ini katanya, kelulusan Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor yang sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April depan, ditarik balik.

“Kelulusan Dewan A, MAEPS, Serdang di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) pula ditarik balik.

“Kami nak buat majlis berbuka puasa saja pun malah dewan tersebut kerajaan negeri Kedah akan bayar sewa. ‘Awat’ sampai jadi ‘lagu’ (macam) tu? Kedah kan menghasilkan 43 peratus beras untuk negara?” katanya dalam satu hantaran di Facebook awal pagi ini.

Semalam, Muhammad Sanusi mendakwa dihalang daripada menghadiri sebarang majlis kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada Mei tahun ini.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau mendakwa perkara itu diputuskan Kabinet pimpinan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, majlis itu bagaimanapun akan diteruskan seperti dirancang.

“Tak mengapa, tak gaduh kalut-kalut, kelam-kabut. Program akan diteruskan seperti dirancang. Lokasi terkini akan dimaklumkan segera, di Kuala Lumpur jugalah. ‘Hangpa’ mai bagi ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI