fbpx

Sah Ketua Menteri Melaka baharu angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN dilihat keluar dari Bangunan Jabatan Ketua Menteri pada pukul 11.03 pagi di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung esok, pukul 3 petang.

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Zaidi berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Adalah dimaklumkan bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka telah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka, Tuan Yàng Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka Ke-13 adalah dijadualkan berlangsung pada 31 Mac 2023 hari Jumaat di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pukul 3.00 petang,” katanya.

Terdahulu, Sulaiman meninggalkan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada pukul 11.03 pagi tadi.

Usaha pengamal media untuk mendapatkan kenyataan ADUN Lendu itu gagal selepas kenderaan rasmi yang membawanya tidak berhenti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI