fbpx

Platform khas aduan bazar Ramadan dilancar di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Norlela (kiri) dan Dr. Fazilah (dua dar kiri) melawat gerai bazar Ramadan Bertam Putra, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melancarkan platform khas kod respons pantas (QR) aduan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan tahap kebersihan bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Dr. Fazilah Shaik Allaudin berkata, pelanggan boleh mengimbas kod QR yang tertera di setiap gerai sekali gus menyalurkan aduan berkaitan premis termasuk kendalian makanan menerusi platform tersebut.

“Sehingga 28 Mac lalu, JKNPP melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah memeriksa sebanyak 951 gerai di 13 tapak bazar Ramadan negeri ini.

“Selain itu, sebanyak 53 sampel pelbagai jenis makanan telah diambil secara rawak dan dihantar ke makmal untuk dianalisa bagi memastikan tahap keselamatan makanan yang dijual di bazar.

“Pengambilan sampel makanan gerai-gerai ini adalah prosedur biasa, malah pantauan akan diteruskan bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai terjamin kebersihannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian program Sambut Ramadan Dengan Budaya 3-M serta pelancaran kod QR Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Bertam Putra di Kepala Batas, di sini hari ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin.

Mengulas lanjut, Dr. Fazilah turut menasihatkan orang ramai supaya memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI