fbpx

Penerjun udara tenang tersangkut talian kuasa bervoltan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenan berada dalam keadaan tenang ketika menanti untuk diselamatkan. – CAL FIRE

RIVERSIDE, CALIFORNIA – Seorang penerjun udara nyaris terkena renjatan elektrik apabila payung terjun miliknya tersangkut pada tiang talian kuasa bervoltan tinggi ketika cuba mendarat, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam kejadian di Riverside, negeri California itu, penerjun udara wanita yang enggan dikenali itu dilaporkan tersasar dari zon pendaratan sebenar apabila dia tersangkut pada tiang talian elektrik.

Tenaga elektrik di kawasan berkenaan terpaksa dihentikan seketika ketika wanita tersebut diselamatkan daripada kabel tersebut.

Ketua Batalion Jabatan Bomba California, Jeff Roberts berkata, dia sukar menjelaskan bagaimana wanita tersebut terselamat daripada terkena renjatan elektrik.

Dia bagaimanapun terpaksa bertahan selama 40 minit sebelum talian elektrik diputuskan sepenuhnya bagi membolehkan anggota bomba mula melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Saya cuba mengelak salah satu talian elektrik tersebut, jadi saya membelok ke kanan. Kemudian, saya terlanggar talian elektrik yang lain,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Skydive Elsinore, Josh Hall berkata, payung terjun wanita tersebut terbuka dengan sempurna dan berada dalam keadaan baik namun, dia tersasar dari zon mendarat.

“Daripada apa yang diceritakan, dia menjadi keliru. Dia menerbangkan payung terjun di kawasan yang tidak sepatutnya dia berada,” ujarnya.

Wanita tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan tenang ketika cuba diselamatkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI