fbpx

Pelanggan tak mahu wang, hanya ambil nasi kukus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norehan sedang menggoreng ayam untuk jualan nasi kukusnya di Bazar Ramadan Bagan Serai di Jalan Raja Syed Thauphy, Bagan Serai hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BAGAN SERAI – Pelanggan Nasi Kukus Ayam Dara Berempah di sebauh bazar Ramadan di sini yang mengakui menjual ayam goreng busuk tidak mahu wang mereka dikembalikan.

Sebaliknya, mereka hanya mengambil nasi kukus sebagai ganti biarpun pemilik peniagaan tersebut menawarkan wang gantian kepada pembelian tempoh hari.

Pemilik perniagaan tersebut, Norehan Mohamad, 34, berkata, dia bersyukur kerana seramai tujuh pelanggan telah datang bertemu dengannya.

“Bagaimanapun, kesemua mereka tak mahu wang dikembalikan dan hanya mengambil nasi kukus sebagai ganti,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Bagan Serai di sini hari ini.

Menurut Norehan, dia turut meminta maaf secara bersemuka kepada semua pelanggan yang kembali ke gerainya.

“Mereka kesemuanya memberi reaksi yang positif malahan ada antaranya mengatakan perkara itu berlaku secara tidak sengaja.

“Kesemuanya memberi kata-kata semangat dan dorongan supaya saya sentiasa tabah dengan ujian ini,” katanya.

Tambahnya, bagi pelanggan yang terlibat dengan kejadian itu dan masih belum membuat tuntutan, mereka boleh berbuat demikian pada bila-bila masa di sepanjang Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI