fbpx

Mahkamah: Pesawah mengaku tidak bersalah dera anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Sofi (dua kiri) dituduh menganiaya anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak tirinya yang berusia enam tahun antara 8 hingga 14 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Sofi Ramli, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan terbabit.

Muhammad Sofi dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Alor Lanchang, Jejawi di Arau dekat sini antara 8 hingga 14 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI