fbpx

Kes demam denggi meningkat 323 peratus di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menunjukkan peningkatan sehingga 323 peratus sejak awal tahun ini.

Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI dalam satu kenyataan berkata, sehingga 25 Mac lalu, sebanyak 330 kes telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 323 peratus berbanding 78 kes bagi tempoh yang sama 2022.

“Seperti dijangka oleh pakar kesihatan awam, kes denggi telah menunjukkan peningkatan berdasarkan perubahan cuaca dan peningkatan aktiviti manusia setelah kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Justeru, warga bandar raya Ipoh diseru supaya terus mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi dengan meluangkan masa untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar persekitaran kediaman,” katanya hari ini.

Menurutnya, sehingga 30 Mac 2022, sebanyak 14 lokaliti wabak telah dikesan seperti Taman Hillview, Taman Utama, Asrama Kolej Vokasional Ipoh, Taman Ramai 3 dan Taman Hock Bee.

Katanya, melalui Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Denggi di kawasan pentadbiran MBI, semua jabatan dalaman yang terlibat mengambil tindakan secara bersepadu mengikut SOP yang ditetapkan.

Sehubungan itu, katanya, satu usaha padu dalam melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi perlu dilaksanakan oleh pihak berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI