fbpx

JIM Sabah hantar pulang 542 PATI warga Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIM Sabah menghantar pulang seramai 542 PATI warga Filipina ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 8 melalui Pelabuhan Sandakan semalam. - FOTO IHSAN JIM SABAH

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai 542 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 8 melalui Pelabuhan Sandakan semalam.

Dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut, semua PATI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PATI yang dipindahkan membabitkan seramai 422 lelaki, 92 wanita dan 28 kanak-kanak berusia antara 23 bulan hingga 12 tahun ke bawah manakala bagi dewasa dari 13 hingga 78 tahun.

“Kanak-kanak yang terbabit dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa/penjaga masing-masing.

“Semua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, semua PATI berkenaan ditahan di Depot Imigresen selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI