fbpx

Lapan jawatan polis ditahan kes bunuh sudah diisi – Acryl Sani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (dua kanan) ketika menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan sebahagian kekosongan perjawatan ekoran penahanan lapan pegawai serta anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dikaitan kes bunuh seorang lelaki di Tawau sudah diisi.

Acryl Sani berkata, pihaknya sedia maklum tentang kekosongan berkenaan sebelum ini sejurus semua pegawai dan anggota terlibat dibicarakan di mahkamah.

“Sekarang ini kita sedia maklum beberapa pegawai mahupun anggota yang didakwah di mahkamah dan perkara ini akan menyebabkan beberapa kekosongan di dalam perjawatan ESSCOM.

“Tindakan sudah kita ambil untuk membuat pengisian bagi menggantikan pegawai-pegawai yang terlibat untuk memastikan perjalanan operasi ESSCOM tidak akan terjejas.

“Ada perjawatan sudah diisi dan sebahagian jawatan dalam proses sedang dikenal pasti pegawai dan anggota bersesuaian untuk ditempatkan dalam perjawatan yang masih kosong,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah hari ini.

Terdahulu, enam pegawai serta anggota ESSCOM dituduh di mahkamah berkaitan kes pembunuhan yang melibatkan seorang pemandu e-hailing pada 13 Januari lalu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 antara 7.30 hingga 10.30 malam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dilantik selaku Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok.

Majlis serah terima tugas antara Idris dengan Jauteh berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI