TIDAK berdiam diri apabila membaca mengenai isu body shaming atau ejekan saiz tubuh badan yang tercetus dalam industri hiburan baru-baru ini, Datuk Seri Eizlan Yusof tampil menyuarakan pandangannya.
Pelakon dan pengarah itu menegaskan, tiada had umur atau fizikal untuk seseorang pelakon terbabit dalam kerja penggambaran mengikut kemampuan.
Eizlan, 51, menerusi perkongsian media sosial turut mengingatkan seseorang supaya jangan meninggi diri.
“Sudah tua. Ya, dah gemuk. Tapi boleh sahaja berlakon filem aksi. Ikut momentum semasa.
“Dalam hidup kita, jangan terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi,” katanya penuh makna.
Bagi Mizz Lahar setiap orang berhak ada pendapat, namun berbalik kepada situasi atau pilihan penerbit sendiri, nak pelakon yang macam mana.
MIZZ LAHAR: Pernah terserempak seorang artis popular meneguk air dalam kereta pada bulan Ramadan. Bersangka baik, dia sakit barangkali.