fbpx

Isteri hamil mengidam air coklat pukul 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ragam seorang wanita hamil yang tiba-tiba mengidam mahu minum air coklat pada pukul 3 pagi meraih perhatian ramai.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial Ahmad Yussof, memaparkan gelagat isterinya yang tiba-tiba teringin untuk minum air coklat telah mengejutkannya dalam keadaan sedang menangis.

“Isteri aku mengandung anak pertama kami, mengidam dia memang lain macam. Ada sekali tu dia kejut aku menangis sebab nak minum air coklat,” luah Ahmad.

Dia yang dalam keadaan terkejut terus memujuk isterinya untuk bersabar dan akan mencari air coklat itu selepas kedai dibuka pada pukul 5 pagi nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai berkongsi pengalaman masing-masing dalam melayan kerenah isteri kesayangan mereka.

“Yang ini masih okey lagi, isteri saya pukul 3 pagi menangis-nangis mengidam nak peluk anak lembu. Pening mana nak cari anak lembu pukul 3 pagi,” komen seorang pengguna yang dikenali sebagai Gumball.

“Tak payah kata yang mengandung, saya yang belum mengandung pun mengidam nak makan macam-macam tengah malam,” komen Uncle.

“Harap bakal isteri aku nanti tak mengidam Ferrari,” seloroh Naz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI