fbpx

Ikan pari bertukar ‘wajah’ macam kena sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ikan pari bakar berwajah 'pelik' yang dimuat naik di Facebook Jue Redzwan.

PETALING JAYA – “Kalau macam ini, nak makan pun seram.” Itu ungkapan pertama seorang wanita yang melihat ikan pari yang bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar.

Foto itu dimuat naik di Facebook Jue Redzwan menjadi tular dan menerima pelbagai komen orang ramai.

Rata-ratanya mengatakan rupa ikan pari yang dibakar itu seperti kisah legenda kononnya disumpah kerana menjadi anak derhaka.

“Mungkin ini anak derhaka yang disumpah masa tahun 90-an dahulu kalau tak silap, itu sebab mak dia buat ikan bakar,” seloroh Najih.

“Itulah, derhaka lagi dengan mak, kan dah kena sumpah,” sampuk Cik Nas.

“Kalau ye pun, potonglah dahulu ikan pari itu sebelum bakar, tak lah seram rupanya,” kata Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI