fbpx

Ganjaran RM50,000 jika jumpa Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairi menularkan semula gambar adiknya berserta ganjaran jika sesiapa menjumpainya.

Oleh Syara Shaha

PETALING JAYA – Seorang lelaki menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui atau memberi maklumat keberadaan adiknya yang hilang sejak 1 Februari lalu.

Penularan itu dilakukan di sosial media Hairi, iaitu abang kepada Muhammad Akmal Hakimi Ishak, 20, yang hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki bukit di Pulau Mawar Mersing, bulan lalu.

Katanya, ganjaran RM50,000 akan diberikan kepada sesiapa sahaja jika menjumpai adiknya itu yang sepatutnya sudah pulang ke pangkuan keluarga sejak bulan lepas.

Hairi memberitahu, pakaian terakhir yang dipakai Muhammad Akmal adalah jaket berwarna kekuningan, berkasut kelabu dan memakai beg sandang berjenama Jeep.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Akmal boleh menghubunginya di talian 016-706 9769. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI