fbpx

Dua premis lombong bitcoin curi elektrik diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Azmi (kanan) melihat mesin bitcoin di sebuah premis yang diserbu kerana disyaki mencuri bekalan elektrik di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi perlombongan bitcoin di dua premis di Bandar Amanjaya di sini tumpas dalam serbuan pada pagi ini.

Serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu dilakukan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama Special Engagement Against Losses (SEAL) Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengarah Kawasan ST Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Muhamad Azmi Ishak berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua premis itu dalam keadaan berkunci dan hanya diawasi televisyen litar tertutup (CCTV).

“Modus operandinya adalah menyewa premis atau bangunan kedai yang terletak di kawasan sunyi dan terpencil.

“Mereka menggunakan sumber elektrik secara curang dengan premis tidak menggunakan meter, sebaliknya sambung terus ke premis tanpa membuat bayaran,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Katanya, kegiatan tersebut telah berlaku selama setahun enam bulan dan jumlah kerugian yang ditanggung pihak TNB ialah sebanyak RM1.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI