fbpx

Dewan Rakyat: Kos PRN enam negeri RM420 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kos untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada tahun ini dianggarkan menelan belanja RM420 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan PRN berkenaan diadakan pada hari Sabtu.

“Saya ingin menyatakan bahawa PRN di enam negeri, kita menganggarkan memerlukan RM420 juta.

*Saya bersetuju dengan apa Ahli Parlimen Bachok (Mohd. Syahir Che Sulaiman) cadangkan diadakan pilihan raya itu pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu sebab hari Jumaat di sebelah Pantai Timur cuti. Saya setuju dan saya kira Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tiada masalah untuk itu,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun (2022) 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd. Syahir dalam perbahasannya sebelum itu mencadangkan PRN di enam negeri itu ditetapkan pada hari cuti bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

SPR sebelum ini berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dipetik berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI