fbpx

Dewan Rakyat: 8 kapal selam Australia tidak dilengkapi senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear oleh Australia hanya melibatkan penggunaan enjin berkuasa nuklear.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.

“Kapal salam ini kuasanya adalah kuasa nuklear, tetapi persenjataan masih secara konvensional. Ini diterangkan begitu terperinci oleh Panglima Angkatan Tentera Australia.

“Pihak Australia tidak boleh ubah suai kotak nuklear. Tidak boleh buka dan tidak mungkin boleh dibuka untuk diubah suai. Ini prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat yang perlu mereka turuti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkenaan pendirian Malaysia ekoran keputusan Australia untuk membeli lapan buah kapal selam perang nuklear.

Dalam pada itu, Mohamad menerangkan, Perjanjian Keselamatan Tiga Hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) antara topik utama akan diperbincangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) tahun ini.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut dijadualkan diadakan di Indonesia pada Julai 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI