fbpx

Baju Melayu Aliff Syukri disamakan kostum Power Rangers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Aliff Syukri sedang menyanyi dan menari memakai baju melayu 'Power Rangers'.

PETALING JAYA – Baju Melayu Datuk Seri Aliff Syukri lagi sekali menjadi perbualan hangat orang ramai apabila disamakan dengan kostum Power Rangers.

Menerusi satu hantaran semula oleh Akeem di Twitter miliknya itu memaparkan, Datuk Seri Aliff Syukri sedang menari dan menyanyi dengan baju Melayu yang ketat seperti kostum Power Rangers mengundang rasa tidak senang orang ramai.

Menurut salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Ariaf, imej baju Melayu seolah-olah telah dirosakkan oleh Aliff Syukri disebabkan rekaannya yang ketat dan sendat.

Selain itu, gelagat dia bersama penari latar yang sedang menari terkinja-kinja juga mengundang rasa marah orang ramai kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Ada juga yang bergurau dan berseloroh tentang baju Melayu yang dikenakan Aliff Syukri ini boleh dijadikan sebagai ‘swimming suit’ untuk berenang di Sungai Gombak.

“Lepas solat hari raya Aidilfitri boleh terus terjun dan berenang dekat Sungai Gombak,” seloroh Redz.

“Aku ingat CicakMan, Spiderman, Superman Malaya tadi, rupa-rupanya Cicak Kobeng Malaya nak sambut hari raya tahun ini,” komen Irfan.

“Kasihan zaman sekarang ni, masing-masing terdesak nak dapatkan duit sampai sanggup membodohkan diri dan biar diri dipergunakan orang sebegini,” luah Ummar

Perkongsian Akeem menjadi tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 511,000, 1,245 ulang siar dan 2,174 tanda suka menjadi medium hangat pengguna berseloroh dan meluahkan rasa kesal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI