JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian di media sosial Indonesia selepas berjaya menurunkan berat badan daripada 115 kilogram (kg) kepada 63 kg, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Mia Risalinda berkongsi perjalanan dia menurunkan berat badannya dalam akaun TinTok @mionggggg10.
“Niat untuk turunkan berat badan 30 kg, biar bekas kekasih menyesal. Daripada 115 kg (dahulu), sekarang menjadi 63 kg,” demikian kapsyen video tersebut.
Menurut Mia. dia melakukan pelbagai rutin secara berterusan untuk menurunkan berat badan. Bermula selepas bangun tidur, dia akan minum satu liter air masak.
Pada pukul 9 pagi, dia akan bersarapan dengan susu, pisang dan oatmeal yang dicampur dengan buah atau chia seed.
Menurut Mia, pengalaman paling menyedihkan adalah apabila dia sukar mendapat kawan semasa di sekolah.
“Ketika sekolah, buli dan dan kata-kata makian menjadi ‘makanan’ saya setiap hari. Namun, saya menerimanya walaupun kadang-kadang berasa penat. Cuma daripada pengalaman itu, saya enggan terus berada dalam keadaan seperti ini demi kesihatan,” kata Mia.
Mita mula menjalani hidup sihat dengan bersenam selain mengurangkan makanan berlebihan gula, minyak dan tepung.
Kisah Mia mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Terus nampak macam orang lain, auranya dapat dilihat, Masya-Allah,” komen seorang netizen. -AGENSI