fbpx

Saya doakan dia bahagia, sampai ke jenjang pelamin – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOVE on daripada kontroversi rumah tangganya diganggu Sophia, Bella mendoakan pelakon itu bahagia bersama kekasih hati.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendoakan yang terbaik buat pihak ketiga yang dikatakan mengganggu keharmonian rumah tangganya sebelum ini iaitu aktres jelita, Sophia AlBarakbah.

Dikhabarkan wanita itu kini sedang bahagia dilamun cinta dengan teman lelaki yang merupakan seorang doktor bernama Akashah Ismail.

Dalam pada memanjatkan doa positif buat Sophia, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah bagaimanapun memberi peringatan berbaur sinikal.

“Beginilah, kita dah ada pasangan sama ada belum kahwin atau sudah berkahwin, boleh je ada skandal lain.

“Apapun, saya doakan semoga dia bahagia. Semoga kekal hingga ke jenjang pelamin dan ke jannah, insya-Allah.

“Apa yang dia (merujuk Sophia) adalah di luar kemampuan saya. Saya doakan yang terbaik buatnya. Kalau berkait dengan suami saya, rasanya Aliff sendiri dah cakap sebelum ini apa pegangannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Membuka lembaran baharu dalam hidup, Bella, 29, ingin meninggalkan mimpi ngeri yang berlaku dan terus hidup dengan semangat positif bersama orang-orang tersayang terutama suami, dan anak-anak.

“Semua dah get back on track (kembali seperti biasa). Kita pun dah ke depan. Apa yang dah berlalu, biarlah berlalu.

“Cuma bila ada orang cakap apa yang berlaku kepada rumah tangga saya adalah ‘marketing’, saya menafikan sekeras-kerasnya.

“Takkanlah saya nak buat sampai begitu melibatkan rumah tangga apa semua. Lillahi ta’ala bukan marketing tapi alhamdulillah, saya dan Aliff dapat lalui fasa tersebut (krisis perkahwinan),” jelasnya lagi.

Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah gangguan rumah tangga dilakukan Sophia hingga membuatkan Bella membuka ‘pekung’ aktres itu dalam media sosial.

Bagaimanapun, Sophia memaklumkan dia tersilap langkah dan memohon keampunan daripada Bella dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Sekadar info, Bella berkahwin dengan Aliff pada Julai 2016 namun bercerai pada Mei 2019 sebelum pasangan selebrit terbabit rujuk kembali tidak lama selepas itu ketika Bella dalam tempoh iddah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI