fbpx

Rakyat Malaysia risiko kehabisan wang pencen sebelum ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seseorang rakyat Malaysia berisiko mengalami kehabisan wang simpanan persaraan 19 tahun sebelum dijangka meninggal dunia.

Menurut Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022, risiko simpanan persaraan yang tidak mencukupi kini semakin meruncing, malah keadaan diburukkan lagi oleh pengeluaran simpanan sebelum persaraan secara besar-besaran baru-baru ini.

“Di Malaysia, simpanan median sebelum pandemik untuk kohort kumpulan umur antara 51 hingga 55 tahun hanya dapat bertahan selama lima tahun selepas mereka membuat pengeluaran pada umur 55 tahun.

“Bagaimanapun, tempoh bertahan simpanan median ini berkurang lagi kepada sekitar tiga tahun berikutan pengeluaran simpanan sebelum persaraan semasa pandemik,” kata tinjauan tersebut yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagi lebih memahami kesan hal ini, purata jangka hayat global dijangka meningkat melebihi 77 tahun menjelang tahun 2050 (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2022).

Katanya, jurang besar antara tempoh median simpanan persaraan bertahan dengan jangka hayat media selepas persaraan menggariskan keperluan segera untuk membina semula penampan simpanan persaraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI