fbpx

Racun ikan buntal boleh bawa maut seawal 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bahagian kulit, hati, ovari dan usus merupakan bahagian yang mengandungi racun ‘Tetrodotoxin dan Saxitoxin yang kuat dalam ikan buntal.

Menurut perkongsian yang dikongsikan Public Health Malaysia, kedua-dua racun yang terkandung dalam ikan buntal ini lebih membahayakan berbanding ‘Sianida’.

Racun ini akan memberi kesan seawal 20 minit sehingga 2 jam selepas termakan ikan buntal tersebut.

Gejala awal termasuk kebas pada bibir, mulut dan kaki, diikuti dengan pening, hilang keseimbangan, lemah otot dan lumpuh.

Public Health turut berkata, daging ikan buntal yang tercemar dengan toksin tersebut tidak boleh dimusnahkan dengan cara memasak atau pembekuan.

“Bahagian yang tersimpan racun adalah hati, gonad (ovari dan testis), usus dan kulit. Racun ini akan mudah tercemar sekiranya tidak dibuang dengan cara yang betul,”. Katanya.

Public Health turut menyarankan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mengambil risiko dengan memakan ikan buntal terutama dari pembekal yang tidak diketahui.

Perkongsian itu tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 3,630, 58 tanda suka dan 74 ulang siar.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita berusia 83 tahun maut, manakala suami berumur 84 tahun kritikal selepas keracunan makanan akibat makan ikan buntal.

Suami mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang, Johor.

Mereka membeli ikan itu melalui platform media sosial dan menerima barangan itu pada 25 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI