fbpx

Proses 10,000 permohonan kewarganegaraan dibuat secara teliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sesi dialog bersama media di Putrajaya di sini, hari ini.-GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Sasaran memproses 10,000 permohonan kewarganegaraan pada tahun ini akan dibuat secara teliti dengan tidak sekali-kali berkompromi soal kelonggaran terma syarat semata-mata mahu mencapai penyelesaian itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN akan mengikuti segala prosedur dan proses itu dengan teliti sebagaimana ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak akan kompromi soal keselamatan semata-mata hanya mahu mencapai KPI ditetapkan kerana apabila membabitkan soal kerakyatan, ia sudah dinyatakan dengan jelas, ada garis panduan dalam Perlembagaan berkait soal kerakyatan.

“Kita hanya perlu ikut sahaja garis panduan ditetapkan itu. Tiada sebab semata mahu mencapai 10,000 itu, kita kompromi soal keselamatan negara.

“Jadi kita akan teliti setiap permohonan sebaiknya, ini bukan ‘roket sains’ tapi logik akal,” katanya dalam Sesi Dialog Menteri Dalam Negeri Bersama Media di sini hari ini.

Saifuddin berkata, bagi tempoh empat bulan ini sejak menerajui KDN, beliau sudah membuat keputusan permohonan lebih 5,600.

“Saya ditemani pegawai kanan dalam KDN ambil tanggungjawab bersama dalam membuat keputusan beri kelulusan atau menilai permohonan.

“Kalau ada yang mohon warganegara tapi tidak pernah pijak kaki ke Malaysia, jadi faham-fahamlah,” katanya.

Pada Februari lalu, Saifuddin berkata, KDN menyasarkan untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.

Katanya, sejak beliau berkhidmat di KDN pada Disember tahun lalu, sebanyak 4,294 permohonan telah diproses dan daripada jumlah itu, hampir 67 peratus diluluskan, manakala bakinya ditolak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI