fbpx

Premis judi ‘online’ tipu warga Hong Kong diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (dua dari kanan) ketika menunjukkan kesemua barang rampasan yang bernilai RM400,000 di IPD Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kaut untung lebih RM336,314 sebulan, sebuah kondominium di Desa Park City, akhirnya diserbu polis pada Ahad lalu, kerana beroperasi sebagai pusat panggilan penipuan judi dalam talian.

Hasil serbuan mendapati premis yang beroperasi sejak bulan lepas diguna untuk mempromosi platform laman web perjudian yang menyasarkan warga Hong Kong sahaja.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa dicari melalui aplikasi dalam talian bagi menawarkan permainan judi sebelum membuka akaun menggunakan laman sesawang yang dibekalkan oleh penyelia.

Jelasnya, mangsa perlu membayar minimum sebanyak 100 Dolar Hong Kong (RM56.06) untuk daftar sebagai ahli sebelum diarah memasukkan lagi wang bagi mendapatkan nilai kredit.

“Nilai kredit itu membolehkan mangsa bermain di lebih 10 jenis platform aplikasi judi dalam talian tersebut.

“Salah seorang suspek berusia 35 tahun adalah penyelia sindiket perjudian dengan digajikan sebanyak RM10,000 sebulan manakala yang lain berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Pegawai khidmat pelanggan pula digajikan sebanyak RM4,000 sebulan dan perlu mencari sekurang-kurangnya lima mangsa sehari,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Seramai 18 lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun ditahan ketika serbuan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sentul kira-kira pukul 3 petang.

Ujar Eng Lai, lapan daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Antara barang rampasan adalah 21 unit komputer dan 65 buah telefon bimbit yang bernilai RM400,000.

“Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan direman selama empat hari sehingga esok.,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI