fbpx

K2

Potensi besar inovasi bioekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model bioekonomi baharu turut mengutamakan sumber makanan. – Gambar hiasan

SEPERTI kebanyakan pakar ekonomi sering utarakan, tiga cabaran besar yang sedang dialami ekonomi dunia iaitu perubahan iklim, revolusi industri 4.0 dan pandemik Covid-19.

Perubahan iklim memberi kesan yang luar biasa kepada persekitaran dan pertanian seperti kadar curahan hujan, bencana alam serta tingginya risiko gagal ditangani.

Hal ini tentu saja menimbulkan kesan domino terhadap ekonomi, sosial dan krisis tenaga.

Revolusi industri 4.0 pula berkaitan dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan, robotik, data raya hingga internet of things.

Kemajuan ini telah merombak tata kelola kehidupan. Revolusi biologi juga sedang dirasai kesan daripada kemajuan teknologi ini. Ia berlaku menerusi aspek biologi masa ini bersinergi dengan teknologi komputer.

Dalam dunia bisnes, disrupsi ini menyebabkan munculnya trend pekerjaan baharu dan hilangnya sejumlah pekerjaan tradisi.

Hari ini, institusi pengajian tinggi perlu merasakan peri pentingnya kompetensi-kompetensi baharu yang mengutamakan kemahiran masa depan.

Ia perlu diperkasakan melalui reskilling, upskilling dan new skilling oleh agensi-agensi bertanggung jawab.

Cabaran ketiga adalah Covid-19 yang telah mengubah banyak pola dalam kehidupan seharian.

Paling dirasai adalah kelembapan ekonomi dunia kerana ketidaktentuan dan ketidakpastian dasar sesebuah negara, peningkatan angka kemiskinan dan penurunan kesihatan.

Dari sisi lain, keperluan meningkatkan fleksibiliti kegiatan pekerja, pembelajaran dan pengajaran pula semakin meningkat.

Berdasarkan data yang dianalisis, ketiga-tiga cabaran besar ekonomi ini ternyata tidak mempengaruhi pertumbuhan sektor berasaskan kepada biodiversiti.

Ini bermakna biodiversiti adalah sektor yang amat penting dalam menghadapi ketiga-tiga cabaran di atas.

Jadi, sektor ini perlu terus dikembangkan dan Malaysia perlu mengutamakan pembangunannya.

Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada ciri-ciri inovasi bioekonomi berorientasikan masa depan. – Gambar hiasan

Ketiga-tiga cabaran besar tersebut mengubah model ekonomi masa depan. Perubahan iklim mewujudkan ekonomi hijau dan biru.

Revolusi industri 4.0 mewujudkan ekonomi digital dan ekonomi teknologi.

Sementara, pandemik Covid-19 mewujudkan bioekonomi normal baharu . Usaha tersebut harus dihadapi oleh seluruh masyarakat dan industri.

Green Economy Initiative (GEI) mengenengahkan ekonomi hijau dan biru bagi peningkatan kualiti kehidupan manusia serta ekuiti sosial.

Secara signifikan, ia mengurangkan kesan persekitaran dan ekosistem ekologi. Ekonomi hijau dan biru merupakan jawapan terhadap masalah perubahan iklim.

Hal ini kerana ia mementingkan pertumbuhan industri karbon rendah, efisiensi guna sumber daya dan anjakan pemikiran masyarakat.

Langkah menjaga sumber daya alam tidak terhenti pada memelihara saja, namun ia juga melibatkan usaha pembangunan baharu.

Dalam istilah mudahnya, ada perbezaan antara membiarkan pohon tidak disentuh dan menanam lebih banyak pohon.

Ilmuwan ekonomi banyak membicarakan bentuk perubahan model ekonomi daripada kesan revolusi industri 4.0 iaitu melalui ekonomi digital dan ekonomi teknologi.

Model ekonomi ini menitikberatkan ciri-ciri penciptaan nilai, boleh diakses secara online, berasaskan komuniti, boleh dimakan, digunakan bersama serta berkongsi aset kurang bermanfaatkan.

Model ekonomi ini mengurangkan keperluan pembelian dan meningkatkan penggunaan kolaboratif.

Untuk perubahan model ekonomi baharu ini atau New Normal Bioeconomy, ia mempunyai tiga ciri khas iaitu kitaran atau kitar semula, berkongsi dan penciptaan nilai.

Ciri penciptaan nilai ini muncul ketika pandemik yang memaksa keupayaan masyarakat untuk survival kehidupan.

Sebagai model bioekonomi baharu, Malaysia perlu melihat semula fungsi penyediaan, pengaturan dan perletakan kemudahan, kebudayaan serta penyokong dasar ini.

Kita juga perlu melihat bahawa biodiversiti menyediakan sumber makanan, ubat dan biomaterial.

Sumber ini berfungsi mengatur iklim, penyakit dan peraturan alam.

Ciri-ciri inovasi bioekonomi berorientasikan masa depan ini perlu diutamakan oleh pihak kerajaan. Ia bagi meningkatkan kedaulatan ekonomi, memberikan solusi dan dapat dijangkau masyarakat kelas menengah ke bawah.

Sektor inovasi ini perlu juga memberi penekanan kepada sumber makanan dan ubat, biomaterial hingga smart farming. Inovasi model ekonomi New Normal Bioeconomy ini penting kepada perkembangan industri hiliran serta tata kelola yang baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI