fbpx

Penoreh getah bersyukur rahmat Ramadan terlepas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARZUKI bersyukur selepas dibebaskan daripada pertuduhan di Mahkamah Tinggi Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – “Saya bersyukur sangat-sangat, Ramadan kali ini amat bermakna.” Itu dilafazkan seorang penoreh getah, Marzuki Yusof, 59, yang tidak dapat menahan sebak selepas terlepas dari hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 271.2 gram tiga tahun lalu.

Marzuki berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini merupakan satu rahmat kepadanya yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

“Saya bersyukur sangat, tak sangka dapat bersama keluarga sambut Ramadan dan Syawal tahun ini selepas lebih tiga tahun dipenjarakan

“Keluarga banyak memberi sokongan kepada saya. Dan apa yang berlaku, saya akan jadikan ia satu pengajaran buat diri sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu Hakim Roslan Mat Nor memutuskan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibebaskan daripada pertuduhan selepas pihak pendakwa raya gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh didakwa mengedar dadah dadah jenis kanabis seberat 271.2 gram di sebuah kebun getah di Kampung Mela, Kuala Lipis pada pukul 11 pagi 12 Jun 2019.

Tertuduh juga berhadapan dua pertuduhan lagi iaitu didakwa memiliki dadah jenis monoacetylmorphine seberat 0.18 gram, serta heroin seberat 0.10 gram pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Tertuduh diwakili peguam, Datuk Bob S. Arumugan mula dibicarakan pada 28 September 2021 dan sebanyak enam saksi pendakwaan telah ditampilkan.

Sementara itu, kakak tertuduh, Hamidah Yusof, 59, memberitahu, tiada kata-kata dapat diungkapkan melainkan menadah tangan tanda kesyukuran kerana adiknya telah bebas daripada pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI