fbpx

Peniaga air rugi balang terjatuh selepas meja patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan selepas beberapa balang air terjatuh.

PETALING JAYA – Kasihan. Itulah perasaan orang ramai apabila melihat satu video tular yang memaparkan seorang peniaga mengalami kerugian selepas beberapa balang berisi air minuman yang dijualnya terjatuh.

Menerusi perkongsian klip video di TikTok Gerai Din Leman yang berdurasi kurang seminit itu, pelanggan terkejut apabila meja yang menempatkan balang minuman tersebut tiba-tiba rebah.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-rata berpandangan kejadian itu adalah satu dugaan di bulan Ramadan kepada penjual air tersebut.

“Biasalah, dugaan bulan puasa,” kata Sharul Irfan.

“Dugaan abang, mohon bersabar,” tambah Hafiz.

Selain itu, ada juga orang ramai berpandangan kejadian itu disebabkan penggunaan meja yang tidak kukuh dan tidak boleh menampung keberatan air minuman yang dijualnya.

“Kena tukar meja, kaki meja tak dapat menampung berat air, apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan,” ujar Fieza.

“Jual air jangan guna meja libat abang, senang patah,” kata Mmcarpet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI