fbpx

Pemilik syarikat didenda RM30,000 jual barang tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoke Lee (kanan) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menjual 1,245 unit kasut menggunakan cap dagangan palsu tahun lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Pemilik sebuah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual 1,245 unit kasut menggunakan cap dagangan palsu tahun lalu.

Poon Yoke Lee, 52, juga berdepan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dikenakan terhadap bapa kepada empat anak itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mahkamah turut memerintahkan barang kes dilucut hak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Seksyen 127(2) Akta Cap Dagangan 2019.

Mengikut pertuduhan, Yoke Lee yang juga orang kena saman (OKS) didakwa mempunyai kawalan bagi maksud perdagangan iaitu sebanyak 1,230 unit kasut wanita pelbagai corak, saiz dan warna dan 15 unit kasut kanak-kanak perempuan jenama Evisu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di tingkat satu sebuah pasar raya di Ipoh pada pukul 12 tengah hari, 9 Jun 2022 mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102 (1)(i) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, Muhammad Ridzuan Abd. Rahim manakala OKS diwakili peguam, Mohd. Khairul Fairuz Rahman.

OKS membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI