fbpx

Pelajar tahfiz diseru sertai TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tiga kiri) bersama anak-anak yatim pada Majlis Iftar Ramadan Persatuan Pusat Bertauliah SLDN Malaysia di Shah Alam malam tadi.

SHAH ALAM – Kerajaan menyeru lebih ramai pelajar tahfiz menyertai kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang disediakan bagi golongan itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, pihaknya mahu pelajar institusi itu tidak hanya terikat dalam satu bidang namun turut menceburi sektor kemahiran.

Katanya, pelbagai program kemahiran telah dijalankan kerajaan sejak beberapa tahun lalu dan momentum itu perlu dikekalkan.

“Kursus bagi sijil kemahiran itu kebanyakannya percuma malah turut diberi elaun dan mempunyai tabung kemahiran.

“Selain itu, tenaga pengajar TVET masih mencukupi dan kita mengalukan penyertaan lebih ramai pelajar tahfiz di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Iftar Ramadan Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia di sini, malam tadi.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kerajaan menyediakan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz bagi membantu  menjana pendapatan selain bergantung pengajian ilmu agama semata-mata.

Tambah Mustapha, pihaknya turut meneliti isu sekolah tahfiz yang didakwa terletak jauh dengan lokasi kursus TVET berkenaan dengan bertindak mengadakan kerjasama bersama pusat bertauliah berdaftar berdekatan sekolah selain menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI