fbpx

Nikmati Rosyam Kambing Perap bersama sos pedas Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk kambing perap yang boleh didapati di semua outlet Rosyam Mart.

PETALING JAYA – Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang memberi peluang kepada ramai usahawan menawarkan pelbagai  makanan dan minuman untuk memenuhi keperluan pelanggan, ST Rosyam Mart turut memasarkan produk Rosyam Kambing Perap.

Produk yang dikilangkan oleh Delicious Western Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn. Bhd itu diperap dengan dua bahan istimewa iaitu sos Korea Hot & Spicy dan sos BBQ.

Pengasas produk tersebut, Datuk Rosyam Nor berkata, kambing perap yang menggunakan bahan berkualiti itu juga menawarkan sos pedas Korea yang menjadikan ia sebagai syarikat pertama memperkenalkan sos unik tersebut.

“Bukan sahaja Kpop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa sahaja produk keluaran  dari Korea menjadi kegilaan ramai jadi kami menginspirasikan sos pedas Korea bersama kambing perap ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk Rosyam Kambing Perap di sini baru-baru ini.

Selain itu, Rosyam menerangkan, kambing perap tersebut dijual pada harga promosi dalam bulan Ramadan sebanyak RM39.90. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI