fbpx

Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu Jumaat ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAWATAN Ketua Menteri Melaka dijangka bertukar tangan Jumaat ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Desas-desus Melaka bakal diterajui Ketua Menteri baharu yang dijangka mengangkat sumpah jawatan itu pada Jumaat ini semakin bertiup kencang.

Menurut sumber dalaman pentadbiran kerajaan negeri, istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-14 itu akan diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Seri Negeri di sini.

Bagaimanapun, usaha pengamal media yang berkumpul di Blok Temenggong, Seri Negeri sejak pukul 12 tengah hari tadi untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali gagal.

Pejabat Ketua Menteri memaklumkan setakat ini tiada arahan selanjutnya bagi sebarang urusan berhubung perkara tersebut dan menunggu tindakan seterusnya daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Dalam pada itu, antara nama yang disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Namun, Ab. Rauf ketika dihubungi hanya menjawab ringkas, tidak mahu mengeluarkan sebarang komen.

“Saya tidak mahu komen sehingga ada maklumat selanjutnya,” katanya.

Spekulasi peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka telah bertiup kencang beberapa kali sejak Mei tahun lalu dengan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu akan melepaskan tanggungjawab tersebut bagi memberi laluan kepada Ab. Rauf.

Sulaiman bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan menegaskan ia adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri yang diterajuinya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI