fbpx

Mahkamah: Jamal diperintah depositkan RM300,000 dalam akaun peguam Teresa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yunos

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos diperintah mendepositkan ganti rugi RM300,000 ke dalam akaun peguam yang mewakili Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim sementara pelupusan rayuan saman fitnahnya di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Azimah Omar sebulat suara mengarahkan wang ganti rugi itu dimasukkan ke dalam akaun Tetuan S.N. Nair & Partners selaku pihak berkepentingan dalam tempoh 21 hari.

Mahkamah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM50,000 kepada Teresa, sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Jamal merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi berhubung dakwaan Teresa yang juga bekas Menteri Industri Utama menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Hakim Yaacob membenarkan penangguhan bersyarat terhadap Jamal setelah berpuas hati permohonan itu mempunyai merit selepas meneliti penghujahan kedua-dua pihak dan kertas kausa yang difailkan.

“Wang ganti rugi didepositkan ke dalam akaun peguam responden (Teresa) disertai faedah sementara pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan,” ujar beliau.

Sebelum itu, mahkamah memerintahkan ganti rugi itu didepositkan dalam tempoh 14 hari, namun peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal memohon tempoh dilanjutkan selama sebulan bagi memberi peluang anak guamnya mengumpul dana membayarnya.

Pada peringkat itu, Hakim Azimah mencelah bahawa Jamal dalam pernyataan menerusi afidavit mengaku sudah mempunyai wang untuk menjelaskan ganti rugi.

Bagaimanapun, mahkamah bersetuju Jamal diberi tempoh selama 21 hari untuk berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI