fbpx

Lisa, Beto buat filem Istanbul Aku Datang tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO iklan promosi produk makanan kambing perap lakonan Lisa dan Beto menggamit memori peminat terhadap filem lakonan mereka, Istanbul Aku Datang.

PETALING JAYA – Gara-gara sebuah video promosi produk makanan menggabungkan dua pelakon popular iaitu Beto Kusyairy dan Datin Lisa Surihani, filem Istanbul Aku Datang kembali menjadi bualan ramai sehingga sohor kini dalam media sosial.

Gandingan dua pelakon itu sekali gus mengimbau memori 11 tahun lalu ketika mereka menjadi hero dan heroin dalam filem Istanbul Aku Datang yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.

“Dejavu bukan? Selepas 11 tahun, dia datang balik mengganggu hidup saya,” kata Lisa dalam ruangan kapsyen video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Selain itu, kemunculan dan reaksi suami Lisa, Datuk Yusry Abd Halim juga mencuri perhatian ramai apabila Beto memberitahu pernah mengahwini aktres dan pengacara itu sebelum ini.

“Dulu saya pernah kahwin dengan isteri abang, dalam filem,” kata Beto.

Rata-rata netizen memberitahu gandingan dua figura tersebut membuatkan mereka mengimbau semula filem arahan Bernard Chauly berkenaan termasuk keserasian Lisa dan Beto.

“Disebabkan video ini, aku menonton semula filem Istanbul Aku Datang.

“Gandingan Lisa, Beto memang hebat. Ingatkan ini sambungan filem, rupa-rupanya iklan!” komen netizen.

Disebabkan iklan tersebut, filem tersebut mencatat sohor kini dalam Twitter selepas meraih lebih 7,000 ciapan.

Sekadar info, selain Beto dan Lisa, Istanbul Aku Datang yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012 turut dibarisi Tomok dan Aizat Amdan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI