fbpx

Kampus UUM Sintok pula dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pokok tumbang menimpa kenderaan akibat ribut yang melanda kampus induk UUM di Sintok pada petang ini.

SINTOK – Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pula dilanda ribut pada petang ini dengan kejadian pokok tumbang menimpa kenderaan serta bumbung premis rosak.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu turut mengakibatkan dinding kaca bangunan akademik UUM pecah selain berlaku kerosakan pada struktur beberapa premis lain.

Angin kencang dan hujan lebat dikatakan berlaku kira-kira 30 minit dan cuaca ketika ini sudah kembali cerah, namun insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada warga UUM.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, anggotanya dikejarkan ke kawasan berkenaan sejurus menerima panggilan kecemasan daripada pihak universiti bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Ini adalah kejadian kedua di Kubang Pasu selepas 23 Mac lepas apabila ribut menyebabkan kerosakan pada khemah peniaga termasuk di bazar Ramadan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, lebih 50 khemah niaga di tapak Festival Mega Aidilfitri di Taman Serai Wangi, Padang Serai di Kulim runtuh dan diterbangkan angin akibat ribut.

Sehari sebelum itu, kejadian ribut melanda di daerah Yan dan Pokok Sena kira-kira pukul 5.30 petang dan mengakibatkan lebih 60 rumah rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI