PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pagi ini.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Pegawai Khas Media dan Komunikasi Strategik beliau, Azran Fitri Rahim, di Facebooknya, hari ini.
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci punca pembedahan tersebut dilakukan.
“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani pembedahan kecil di HUKM pagi ini. Doakan semoga dipermudahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE