fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, antara negeri lain yang dijangka terjejas adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Di Kedah ia melibatkan di Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak ia melibatkan Kerian, Larut, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Untuk Selangor pula, antara kawasan terjejas adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan dia membabitkan daerah Seremban dan Port Dickson,”ujarnya.

MetMalaysia menambah, keadaan sama turut dijangka berlaku di Johor melibatkan daera Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Turut terlibat adalah tiga negeri Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melibatkan kesemua kawasan di negeri tersebut.

“Di Sabah, ia melibatkan beberapa buah daerah seperti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat manakala Sarawak di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan beberapa daerah lain,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI