fbpx

Fitri enggan sia-siakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FITRI membantu THT menjulang gelaran trebel musim ini sekali gus membuatkan dirinya berjaya kembali ke pangkuan The Speedy Tigers.

PEMAIN tengah berpengaruh, Mohd. Fitri Saari tidak mahu mensia-siakan peluang kedua selepas kembali menyertai sesi latihan skuad hoki negara ketika ini.

Fitri, 30, merupakan muka baharu dipanggil ketua jurulatih The Speedy Tigers, A. Arul Selvaraj turun menjalani latihan pertama barisan pemainnya di Stadium Hoki Nasional, BukitJalil kelmarin.

Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu teruja dapat kembali berlatih dalam perancangan pasukan kebangsaan selepas namanya diketepikan hampir tiga tahun sejak awal tahun 2020.

“Nama (saya) belum diumumkan lagi, tetapi jurulatih panggil turun latihan. Apa-apa pun saya nak jaga prestasi dan persembahan untuk berikan yang terbaik dalam setiap latihan.

“Saya tak nak sia-siakan peluang kedua ini. Saya tak sabar dan teruja untuk berlatih semula sebab saya tak nak terlepas kejohanan atau jelajah bersama pa­sukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui.

Kecemerlangan prestasi Fitri membantu THT merangkul gelaran treble dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini antara faktor utama berjaya memikat hati barisan kejurulatihan negara.

Bagi Fitri, sasarannya adalah pingat emas Sukan Asia di Hangzhou, China pada September depan bagi membolehkan The Speedy Tigers meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Impian saya nak ke Olimpik belum berakhir. Sekarang sasaran saya adalah pingat emas Sukan Asia kerana kalau melalui pusingan kelayakan, agak susah untuk ke Olimpik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI