fbpx

Enam beranak tiada baju raya baharu tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOBOH bersama anak bongsunya melihat gambar kenangan bersama arwah suami ketika ditemui di Peringgit, Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Seorang ibu tunggal sayu mengenangkan nasib empat anaknya serta seorang cucu yang terpaksa hidup serba kekura­ngan sejak kematian suaminya akibat strok, tiga tahun lalu.

Menurut Soboh Darmi Wasrin, 45, dia ada menerima pencen ilat arwah suaminya, Ramli Ismail, 46, sebanyak RM1,800 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kehidupan mereka enam beranak.

Baru-baru ini katanya, dia terpaksa menggunakan duit syiling kira-kira RM150 yang dikumpul anak-anaknya di dalam tabung untuk membeli kelengkapan persekolahan, manakala yuran sekolah dibantu rakan-rakan.

“Memang ada pencen arwah RM1,800, namun selepas membayar sewa rumah dan bil elektrik serta air, kami anak-beranak terpaksa catu perkara-perkara lain termasuk makanan. Saya hanya masak lauk berasaskan sayur murah untuk berjimat.

“Kos persekolahan tiga anak dan seorang cucu berusia 10 hingga 21 tahun mencecah RM2,000.

“Anak sulung masih bersekolah menengah atas selepas dua tahun tidak menyambung pelajaran kerana menjaga ba­panya,” katanya baru-baru ini.

Ujarnya, anak yang bongsunya pula baru berusia empat tahun dan cucu berusia 10 tahun yang dijaganya adalah cahaya mata kepada anak arwah suaminya hasil perkahwinan terdahulu.

Meskipun keadaan kewangan keluarganya sangat kritikal, namun dia akan terus memastikan pendidikan anak-anak terjamin.

“Kalau mengenai hari raya, tak terfikir pun mahu membeli pa­kaian baharu. Situasi kami ini sulit ke­rana status saya warga Indonesia, hanya cucu warganegara,” katanya.

Soboh berkata, anak-anaknya ada menerima bantuan seba­nyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk pendidikan terma­suk membayar kos lebihan levi yang dikenakan kerana status warganegaranya.

Katanya, sebelum ini dia telah memohon Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR), namun ia telah dibatalkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara susulan kematian suaminya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0440141100005366 atas nama penama Soboh Darmi Wasrin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI