fbpx

Ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Shamsiah pada sidang akhbar Laporan Tahunan 2022 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2022 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada tahun ini, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh meskipun terdapat rintangan global.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Yunus berkata, pada tahun ini, persekitaran ekonomi global dijangka kekal mencabar dan tidak menentu.

Menurutnya, turut dalam jangkaan ialah pertumbuhan yang lebih perlahan dan dasar monetari lebih ketat dalam ekonomi utama serta aktiviti perdagangan global yang lembap.

“Meskipun berdepan rintangan, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada tahun ini dan tidak akan menghadapi kemelesetan. Sistem kewangan Malaysia akan terus menjadi sumber utama kekukuhan ekonomi negara bagi menyokong keperluan pembiayaan untuk transformasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, bernilai tambah tinggi dan rendah karbon.

“Pembaharuan struktur kekal penting, namun pembaharuan penting yang disusun atur dengan teliti adalah mustahak untuk menghasilkan pertumbuhan yang mampan dan kestabilan harga, serta pada masa sama meminimumkan kos sementara (transitory cost),” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Laporan Tahunan (AR) 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari (EMR) 2022 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua (FSR) 2022 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI