fbpx

Dua penyeludup petrol dicekup ketika sedang isi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN dan polis memeriksa tong-tong mengandungi 700 liter petrol yang dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Wakaf Bharu, Tumpat semalam. - IHSAN KPDN

TUMPAT – Dua lelaki tidak sempat menyeludup sebanyak 700 liter petrol bernilai RM1,435 selepas kereta dinaiki mereka ditahan semasa sedang mengisi minyak di Jalan Wakaf Bharu, di sini semalam.

Kedua-dua lelaki itu diberkas bersama pemilik stesen minyak semasa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalan operasi kira-kira pukul 3 pagi.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, rampasan dilakukan dalam operasi bersepadu KPDN bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat.

Menurutnya, selepas membuat risikan, pihaknya mengesan pergerakan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan dari Tumpat menuju ke sebuah stesen minyak dengan membawa muatan tong.

“Anggota penguat kuasa mengekori kereta tersebut sebelum membuat serbuan di stesen minyak berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati, kereta itu membawa beberapa tong yang berisi 700 liter petrol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI