fbpx

Dewan Rakyat: Etnik Rohingya pemohon suaka tertinggi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 14,349 individu pemohon suaka daripada pelarian etnik Rohingya telah dicatatkan menjadikan etnik tersebut sebagai pemohon suaka tertinggi di Malaysia ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) jumlah tersebut adalah dicatatkan sehingga Disember 2022 lalu.

“Kumpulan etnik Rohingya ini juga telah merekodkan jumlah pelarian paling ramai yang berada dan menetap di negara ini.

“Pelarian dan pemohon suaka daripada negara Myanmar adalah merupakan golongan tertinggi yang berada dalam negara iaitu sebanyak 158,165 orang (86.43 peratus) dengan majoritinya adalah terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar iaitu sebanyak 106,129 orang (67.10 peratus) yang melibatkan seramai 91,780 (86.48 peratus) pelarian dan 14,349 (13.52 peratus) pemohon suaka,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH – Bukit Bendera) yang memintanya menyatakan bilangan etnik Rohingya atau pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR.

Sementara itu, jelas Amirzan, secara keseluruhan seramai 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia adalah daripada 59 negara direkodkan setakat Disember lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI