fbpx

Dewan Rakyat: 10,388 PATI diusir di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 10,388 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diusir oleh Jabatan Imigresen Sabah atas pelbagai kesalahan sejak 2021 hingga kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, untuk tahun ini sahaja, ia menunjukkan angka yang agak tinggi dengan 1,991 telah diusir dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Menurutnya, statistik jabatan itu juga mendapati sehingga kini terdapat 4,655 PATI yang masih ditahan di empat depot yang terdapat di negeri tersebut.

“Berdasarkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis perniagaan atau perusahaan, sepanjang tahun 2021, sebanyak 1,076 operasi telah dilaksanakan dengan tangkapan sebanyak 1,881 PATI dan 45 majikan.

“Jabatan Imigresen Sabah telah melaksanakan 700 operasi, melibatkan tangkapan 1,437 PATI daripada pelbagai negara dan 14 majikan atas pelbagai kesalahan Imigresen pada tahun 2022, manakala 2023, terdapat 265 operasi, 487 PATI ditangkap, dua majikan dan 6,405 pemeriksaan dibuat ,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang ingin tahu mengenai tindakan yang telah dilaksanakan terhadap PATI yang terdapat di Sabah khususnya Tawau yang banyak menimbulkan gejala sosial dan keselamatan yang meresahkan penduduk setempat.

Dalam pada itu Shamsul Anuar berkata, jabatan tersebut akan terus mempergiatkan usaha mengusir PATI ke negara asal dan berunding dengan kerajaan Filipina dan Indonesia bagi mempercepatkan proses pengusiran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI