fbpx

Dewan Negara: Kerajaan lanjut pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diberikan setelah mendengar keresahan yang disuarakan dan teguran kepada kerajaan.

“Maka, saya bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih dalam SSPN sehingga 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 buat bacaan kali kedua di Dewan Negara, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan tersebut melibatkan kehilangan hasil kerajaan sekitar RM250 juta setahun dan bakal memanfaatkan lebih 400,000 pembayar cukai.

“Jumlah ini bukan jumlah B40. Ia melibatkan jumlah individu yang berpendapatan lebih sederhana kerana pembiayaan pendidikan kini meningkat dan sebab itu kita beri kelonggaran ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI