fbpx

Banyak projek solo, Dolla yakin takkan berpecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLA tidak berahsia jika ada yang terima projek secara individu. Foto - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Kumpulan Dolla yakin tawaran projek secara solo yang diterima tidak menjejaskan fokus mereka terhadap kerjaya sepasukan.

Salah seorang ahlinya, Syasya berkata, mereka percaya Dolla tidak akan bubar meskipun masing-masing mempunyai tawaran projek secara individu.

“Walaupun boleh dapat tawaran untuk diri sendiri tapi kami sentiasa ingat kalau tiada Dolla maka kami tiada dalam industri.

“Dolla keutamaan kami buat masa sekarang. Kami ambil tawaran solo jika dirasakan baik untuk kami dan Dolla.

“Kami sentiasa menyokong satu sama lain. Biarpun bergerak solo tapi Dolla tak akan bubar,” ujarnya yang ditemui ketika majlis berbuka puasa Universal Music di Hotel Royal, di sini, semalam.

Dolla yang baru melancarkan lagu Look at This turut dianggotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel.

Sementara tmbah Tabby pula, mereka terbuka jika ada ahli yang menerima tawaran secara individu dan tidak pernah berahsia tentang perkara itu.

“Kalau ada yang dapat tawaran solo kami semua akan tahu, mustahil untuk berahsia sebab masing-masing ada jadual yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kumpulan itu dalam tempoh dua tahun ini, Sabronzo berkata, mereka masih lagi belum mencapai tahap yang diimpikan.

Tambahnya, apa yang penting adalah sentiasa berfikiran positif tanpa takut dengan kegagalan.

“Sebenarnya banyak yang kami belum capai dalam tempoh dua tahun ini. Kami sentiasa fikir untuk buat yang terbaik setiap kali buat persembahan atau lancar lagu.

“Sentiasa fokus yang positif. Tak nak fikir macam mana kalau tak jadi sebab perkara negatif hanya kacau visi dan motivasi kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI