fbpx

Ayam tak cukup raya ini, bekalan kurang di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga di bazar Ramadan diingatkan supaya mementingkan kualiti makanan yang dijual. – GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Masalah bekalan ayam dijangka turut melanda utara tanah air menjelang Syawal ini ekoran isu kekurangan anak ayam di pihak penternak terutama di negeri ini.

Kata pengarah urusan sebuah syarikat penternakan ayam terkemuka di Kedah, Mazlina Kamarudin, pihaknya turut mengalami masalah untuk menambah bekalan ayam bagi menampung permintaan yang dijangka tinggi ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Setakat ini Ayam Bismi belum ada masalah kekurangan tetapi penternak lain turut menyatakan keluhan bahawa bekalan ayam akan meruncing kerana anak ayam susah nak dapat.

“Itu yang kami risaukan kerana syarikat kami juga meminta bekalan anak ayam yang lebih untuk Ramadan dan Syawal ini tetapi dikawal, pengeluar anak ayam tak bagi lebih sebab tak cukup anak ayam.

“Oleh itu kita jangka menjelang Syawal nanti ayam memang berkurangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas Mazlina, selain faktor kekurangan bekalan anak ayam, harganya yang dikatakan tinggi juga menjadikan semakin ramai penternak tersepit.

“Anak ayam terlalu mahal sekarang iaitu RM3.40 seekor berbanding RM1.80 hingga RM2.40 sebelum ini. Harga ini tak turun-turun jadi banyak penternak mengurangkan bekalan di ladang.

“Isu lain juga dikaitkan dengan ketidaktentuan industri ini termasuk subsidi yang katanya disambung, namun belum dapat dituntut dari Januari hingga sekarang. Banyak penternak kurangkan bekalan sebab tidak mahu tanggung kerugian,” katanya.

Tambahnya, bekalan ayam berkurangan itu juga dikaitkan dengan masalah cuaca panas dan hujan yang tidak menentu ketika ini sekali gus mengakibatkan pelbagai penyakit serta membantutkan tumbesaran anak ayam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI