fbpx

Anwar harap mesej Ramadan dizahir, dihayati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika menghadiri program Ihya Ramadan di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap supaya perkongsian mesej Ramadan dalam program seperti Ihya Ramadan, hari ini di Putrajaya, dizahirkan melalui penghayatan displin, amanah dan tatakelola yang baik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menerusi Facebook berkata, ia sekali gus dapat diterjemah kepada perubahan signifikan dalam mengangkat imej umat Islam serta negara.

“Hari ini saya bersama warga Kementerian Kewangan dan Menteri Agama dapat mengikuti tazkirah zohor yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah.

“Dalam ucapan pembukaan, saya titipkan kembali mesej agar seluruh agensi kerajaan mengambil peluang dalam bulan Ramadan yang merupakan Madrasah Tarbiyah Ruhiyyah yang menggilap kekuatan dalaman kerohanian kita.

“Saya anjurkan untuk kita menelaah tulisan yang pernah saya jadikan sebagai risalah dakwah ketika menjadi aktivis pelajar dahulu iaitu artikel oleh Dr. Muhammad Hamidullah, seorang sarjana asal India yang berkhidmat di Central Cultural Islamic bertajuk “Why Fast?,” katanya.

Tulisannya menyatakan, ibadah puasa juga menjadi amalan agama-agama terdahulu namun dalam konteks penghayatan Ramadan ini adalah satu “perjalanan rohani (spiritual journey) yang penuh makna mendalam dan mengangkat martabat insan.

“Islam tertegak dengan asas ilmu yang kreatif dan kritis. Mendengar hujah, meneliti sumbernya dan menilai kandungannya.

“Selain tazkirah dengan tajuk yang membina, risalah terpilih boleh diedarkan untuk dihadamkan agar program mengimarahkan Ramadan ini serius dan benar-benar memberi kesan kepada kita semua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI