fbpx

Ahn Young-mi, Park So-dam kekal bersahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG-mi dan So-dam.

BERMULA sebagai peserta ketika sama-sama menjayakan program aneka ragam Gamsung Camping, pelawak Ahn Young-mi dan pelakon Park So-dam dilihat masih menjalinkan persahabatan bersama.

Pada 26 Mac lalu, pelawak berusia 40 tahun itu memuat naik beberapa foto semasa meluangkan masa bersama So-dam.

Hantaran yang dipamerkan menunjukkan bahawa mereka sedang melawat sebuah kuil Buddha di utara Seoul.

Peminat sempat meninggalkan beberapa reaksi terhadap hantaran yang dibuat oleh Young-mi.

“Kedua-dua mereka sangat mesra dan cantik seperti cahaya matahari musim bunga,” kata peminat.

“Sekarang masih lagi cuaca sejuk. Semoga awak berdua berhati-hati supaya tidak diserang selesema,” nasihat pengikut.

“Ya tuhanku! Mereka berdua adalah wanita yang sangat cantik,” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI