fbpx

Abang bomba ceria berbuka dalam trak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota bomba berbuka puasa dalam trak.

PETALING JAYA – Menjadi tanggungjawab anggota bomba sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran mahupun apa jua situasi kecemasan ketika bulan Ramadan ini namun gelagat mereka berbuka di dalam trak cuit hati orang ramai.

Perkongsian sebuah video di Twitter Jabatan Netizen Malaysia menyaksikan, gelagat anggota bomba yang sedang bersiap sedia berbuka puasa di sebuah balai bomba bertukar panik selepas menerima panggilan kecemasan 2 minit sebelum waktu berbuka puasa.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, memperlihatkan mereka membawa balang air ke dalam trak berkenaan untuk berbuka puasa ketika menuju ke lokasi kejadian namun tetap tersenyum.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan anggota berkenaan dengan bersahaja meninggalkan juadah dan hanya meneguk air menjelang waktu berbuka puasa.

“Tolong bomba ni brotherhood diorang ni lain macam gembiranya, tak tegas macam askar,” kata Saiad.

“Kesiannya,” ujar Faqihah dengan ringkas.

“Naya, ultraman pun mengalah,” kata Jabatan Netizen – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI