fbpx

4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan ke atas rumah yang hangus terbakar sehingga meragut nyawa empat beradik dalam kejadian di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awar, Muar hari ini.

MUAR – Empat beradik maut selepas kediaman dihuni mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di sini, terbakar sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 7.49 petang itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun itu ditemui meninggal dunia.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 kaki x 35 kaki.

“Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut. Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa.

“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemui di dalam bilik air rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa telah disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada pukul 9.52 malam ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI