fbpx

Wanita tayang beg tangan emas berharga RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira menunjukkan beg tangan emas yang dibelinya. – TikTok

JAKARTA  –  Aksi seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia  membeli emas yang  diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa  beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160), lapor portal berita Wolipop semalam.

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia  menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.

Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan  87 peratus.

“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” kata Mira dalam klip video tersebut.

Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368). 

Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.

“Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” kata seorang pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI